hari ni nak crita pasal Into the Woods..
cita ape tu? ha cita ni bru keluar minggu lepas.
Aku n kawan2 aku dah p tgk cite ni sabtu lepas..
seriously penuh panggung ok!
Ape yg buat aku tertarik nak tgk cite ni?
Ha sbb ade JOHNY DEEP. haha padahal babak dia xbyk mane pun..
Cite ni berunsur musical fantasy.
Antara yg ade dlm cite ni Red Riding Hood, baker, serigala, jack, cinderella, rapunzel and witch. Opss xlupa ade 2 prince dlm cite ni..hihi
Si pembuat roti dan isterinya telah disumpah oleh seorang ahli sihir di mana keturunan mereka tidak akan melahirkan zuriat. Mereka telah merayu kepada ahli sihir agar menarik balik sumpahan tersebut. Lalu ahli sihir telah meletakkan beberapa syarat iaitu mereka dikehendaki ke hutan untuk mencari seekor lembu seputih susu, mantel semerah darah, kasut emas yang asli dan rambut sekuning jagung. Si pembuat roti telah ke hutan untuk mencari barang2 tersebut. Isterinya telah mengikuti ke hutan tanpa pengetahuan suaminya. Maka bertembunglah mereka semua di dalam hutan.Macam2 konflik dan crita berlaku..Apa yg berlaku selepas tu? Selebihnya kena la tgk sendiri... kekeke.. :)
rating saya bagi:4 bintang.
credit pic:fivedollar.net
No comments:
Post a Comment